Nora: Fafa, hari ni supervisor puji writing aku... :)
Fafa: Untung la supervisor puji~~

Biasa dengar? Mungkin dah masanya perkataan "untungla~" diganti dengan pujian syukur... dan berfikir lebih jauh sedikit...refer sini. Jangan kita jealous dengan orang lain...

"Alhamdulillah...tahniah....sila beri tunjuk ajar.."

Susah betul nak ucap ayat ni... Lagi susah nak redha dan turut ikhlas di dalam hati untuk memuji... Perasaan ni Allah sahaja lah tahu..bagaimana cemburunya kita dengan mereka...

Mereka nak sombong dan berlagak? Itu antara mereka dan Allah... Tapi kalau kita ada rasa dengki dan iri hati dengan mereka, itu antara kita dan Allah... jangan hanya melihat pada perlakuan seseorang tapi lihatlah kepada Penggerak perlakuan itu.. pahrolmohamadjuoi.

Sengajakah Allah biar seorang rakan menyatakan sesuatu yang mungkin membuat kita cemburu, iri hati dan sakit hati? Allah nak ajar sabar...dan buat kita cuba untuk berusaha menjadi lebih baik daripada sekarang..  

Cemburu itu penyakit hati...nak cuci hati memang susah...

But, well, we must not give up. Kebanyakan perasaan cemburu, dengki dan iri hati memang normal pada manusia...

Biasa la... melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain... kita akan terasa tergugat..PASTI!

Takpe...cuba sikit2... mula2 dengar je tentang kejayaan atau kebahagiaan orang lain, puji Allah, sebut alhamdulillah...ucah tahniah padanya dan terus doa serta minta mereka juga berdoa semoga kita juga berolehnya suatu hari nanti insyaAllah... :)

Susah...but let's do it! InsyaAllah hati akan lebih tenang.. Mari cuba!




Dan aku kecewa lagi.

Sudah.

Tak perlu cuba-cuba.

Biarlah putus asa.

Lebih baik begini.

Bahaya tanggung sendiri.