Hi there,


Today I wanna share what do I do to help me manage the coldness of Glasgow's weather.


#1 The weather


Everyday you have to check the weather forecast sebab HARI-HARI temperature berubah2...and mmg temperature boleh drop bila2 masa je..so,be prepared...


Be prepared means, get ready with your jacket, raincoat etc. Walaupun you keluar pagi-pagi tu matahari cerah memancar, the temperature is still cold!! Semalam, Mrs Kakak kata, "Oh, panasnya hari  ni...", saya dengan gembiranya terus keluar untuk dapatkan cahaya matahari kononnya...


Bila saya keluar (dengan memakai jaket tebal), " Ya Allah!! sejuknya!! Aku menggigil ni!!! rupanya temperature semalam ialah 16!!


Ye!! 16 celcius skrg n now is summer!! so, panas bagi orang sini = sejuk OK sebenarnya....BE PREPARED...again...


Actually, it depends....kalau orang macam saya ni, memang tak tahan sejuk...ko dah giler??? 16 tu diorang kata panas...so, selalunya kat Glasgow ni temperature biasa 11.....11 celcius ok!! ye, aku banyak kali cakap pasal sejuk sebab seriously I hardly stand the temperature...sejuk menggigil...


I am fully dress all the time (kecuali time mandi) dalam rumah...even masa tgh masak!! I siap pakai blanket sambil masak...hahahaha..>>>serius!!


Memang pernah je glasgow ni panas..pernah je sampai 27 celcius...but its rare...setakat saya pernah di sini during spring and summer, biasa 8-16....22 pun pernah juga....bertahan jela...

"Sabar itu separuh daripada iman"
#2 The Moisturiser

Disebabkan Glasgow ni supersejuk, maka, moisturiser adalah sangat penting, hatta bagi yang lelaki pun...

Kita ni orang Asia, kulit kita memang akan kering dalam cuaca sejuk macam ni..so, solution::pakaila moisturiser...macam yang saya pakai ni>>

Olay Double Action = 5 pound
Kenapa beli yang ni? = sebab dah biasa pakai
Advantage = It's a moisturiser n wangi
Result = It helps to moisture my skin ^_^




Vaseline Losyen = 3 pounds kot
Wangi and murah>> ngeh3...
Function = moisture your skin, of course!!
Result = kulit saya wangi = D

Itu yang saya pakai setakat ni...Tapi itu pilihan saya. Ikut awak la nak pakai moisturiser yang macam mana....ada banyak je kat kedai nun...

Important:: Kulit baby Asian yang lahir kat sini lagi akan affected...sian sy tgk kulit Si Comel I.... kebanyakan Malaysian yang bersalin kat sini, anak diorang akan ada masalah kulit kering ni....

..........................................................................................
alternative = pakai cream utk kulit super kering for babies
..........................................................................................

#3 Prayer Time

Hehe..waktu solat kat sini obviously memang akan berubah-ubah la...sekarang ni dah summer... maknanya siang yang panjang..oh!! ada kebaikan dan cabaran :)

Kebaikan:

i) Zohor and Asar yang panjang, so, kalau nak buat aktiviti jenjalan memang senang..Kalau awak musafir, boleh jama'..bila boleh jama', maknanya awak keluar pagi takde la susah sangat nak kena cari space and time nak solat..kalau macam yang saya buat, saya keluar pagi-pagi then, balik daripada jenjalan baru buat jama' takhir....sekarang maghrib pukul 915pm....so kalau balik rumah pukul 6pm pun still boleh jama' solat...

Bukanlah bermakna saya melambat-lambatkan solat, tetapi kemudahan telah diberikan, saya menggunakan kemudahan yang diharuskan ini dengan syarat, syarat2 sah solat ni awak jaga la...jangan la tak ikut syarat lak...kang tak sah lak...hehehe...

ii) Waktu Dhuha, Zohor dan Asar panjang..hehehe...sempat la solat..hehehe...(alasan nak solat lambat-lambat...hehehe.. jangan tiru, tak baik!!)

Cabaran:

Disebabkan waktu siang yang panjang, maka, malamnya adalah pendek...jadi, maghrib,isyak and subuh tu dekat-dekat...

Macam hari ni (dah summer), ::

Zohor:        1.20pm
Asar:          5.24pm
Maghrib:    9.11pm
Isyak:        10.10pm

Subuh esoknya : 1.33 am - 5.18 am je

Masalah yang saya hadapi: Yela,kan dah jenjalan 1 hari...penat..so, malam tu by pukul 10 dah ngantuk....then kene bangun untuk subuh yang akan tamat pada 5.18am...so, kadang-kala Subuh jadi berat sebab tak cukup tidur....

Tapi, TIADA ALASAN sepatutnya....kan solat tu memang wajib buat, anggaplah ia sebagai suatu cabaran dalam kehidupan.


----------------------------------------------------------------------------
Allah juga berfirman
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.”
(QS.Thaha: 132)
-----------------------------------------------------------------------------

Sebab tu saya guna perkataan cabaran, sebab pada saya yang masih lemah ni, saya akui memang tak pernah bangun solat tahajjud ke hape masa sepertiga malam (3-4 pagi), jadi, untuk bangun solat subuh sebum pukul 5pg tu memang adalah cabaran pada saya...tambahan lagi,dah la penat 1 hari beraktiviti....Jadi, possibility untuk terlajak tu adalah sangat tinggi...Apa-apa pun, kene cuba kuatkan semangat..kalau dah terbangun pukul 6 tu dah cerah, solat jugakla kan...InsyaAllah...doa' moga menjadi bertambah baik esoknya =D

#4 Kompas

Hmm....ok proceed lagi..bagi yang rasa tak sepatutnya melambat-lambatkan solat tu, kalau nak solat juga memang tiada masalah, alternatifnya, bawalah kompas kiblat tu...jadi nak solat senang, anda telah bersedia...bawalah juga skaf untuk buat lapik dahi....sebab kat sini bukan senang nak cari surau macam kat Malaysia...

Mak saya pernah solat dalam changing room kat shopping complex.....Yela, takkan nak solat tengah-tengah jalan pulak...lagi tak proper...sebab tu saya memilih untuk solat di rumah....lebih selesa dan khusyuk serta kurang tanggapan negatif orang lain..Wallahua'lam...

#5 Website Prayer Time

Eh, lupa nak mention, kat sini takde azan berkumandang macam di Malaysia. Jadi, kalau nak tahu waktu solat, kena tanya En. Google. However, kalau awak nak refer tu, buat beberapa refferences..sebab ada banyak website yang akan ada prayer time tapi tak betul or ajaran sesat punya website...

Jangan jadi macam saya, saya refer pada 1 website je....masa tu confident baca maghrib 915pm, isyak pukul 11pm (lebih kurangla), jadi saya melambat-lambatkan take for granted dengan solat, saya solat 10.30pm....esoknya....

Mrs. Kakak: Nape awak tak solat maghrib lagi? Dah pukul 10pm
Saya: Isyak pukul 11pm,sempat lagi.....
Mrs. Kakak: Mana awak baca ni???!!
Saya: Kat website la!! dah tgk dah tadi!!
Mrs. Kakak: Mane??
Saya: Ni ha... (sambil bukak website)
Mrs. Kakak: Ni yang lain punya la...tgk ni ada Asar 1, Asar 2...Tengokla website yang official...buat beberapa refferences..internet ni bukan leh caye sangat...jgn depends on one source only....

Saya: .......... (T__T)...yela...salah.....

KESIMPULAN: Jangan mudah percaya pada internet...sila buat beberapa refferences ^_^

Daa~~

0 9000 said i'm sweet:

Post a Comment